Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) peringkat sekolah SMK Ade Putra telah disempurnakan oleh Puan Mazlina Binti Mohammed,Pengetua SMK Ade Putra pada 5 Mac 2021.Majlis ini dijalankan secara atas talian

Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) yang merupakan cetusan idea Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang merupakan Menteri Pelajaran ketika itu bermatlamat melahirkan pelajar yang memiliki personaliti terpuji untuk dicontohi oleh pelajar-pelajar lain.
.
“Program Sumur telah dilancarkan oleh Datuk Noh Omar yang ketika itu merupakan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor.
.
Empat modul tersebut adalah :
.
1. Modul Mutadayyin (Feb-Mac)
2. Modul Berbudi Bahasa (Apr-Mei)
3. Modul Jati Diri (Jun-Julai)
4. Modul Penampilan Diri (Sept-Okt)
.
Modul-modul ini dinilai menggunakan instrumental oleh guru untuk dinilai dalam masa setahun. Setiap modul Sumur mengambil masa 2 bulan untuk menjalankan aktiviti² yang dirancang oleh unit hep dibawah program Sumur.
.
Selain itu, modul Sumur juga mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian, mempunyai ketahanan diri dan berusaha meningkatkan daya kepimpinan serta bersemangat patriotisme.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *