Hari pertama sesi persekolahan baharu dibuka hari ini bagi calon-calon SPM 2020. Para pelajar dan guru begitu bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan. Hari ini pihak sekolah begitu bertuah kerana menerima kunjungan Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Mohammad Aidil Bin Abd Rauf.
Selamat Kembali Ke Sekolah
Calon-Calon SPM 2020
Teruskan Perjuangan Menuju Kejayaan
Kami Iringi Doa Dan Harapan
Alhamdulillah dan terima kasih kasih semua guru dan AKP atas kerjasama yang diberi pada hari pertama persekolahan 2021 dapat berjalan lancar – Puan Mazlina Binti Mohammed,Pengetua SMK Ade Putra



