AMANAT PENGETUA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

 Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, bekerja menabur bakti   serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di SMK Ade Putra.

SMK Ade Putra adalah salah sebuah sekolah yang terlibat dalam program TS25 Kohort 5. Oleh itu saya menyeru seluruh warga sekolah menerima perubahan dan transformasi  pendidikan untuk mencapai kualiti kemenjadian sekolah dan kualiti kemenjadian murid. Walaupun negara berhadapan dengan situasi pandemic Covid 19 yang tidak diketahui penamatnya, sistem pendidikan perlu diteruskan dengan pembelajaran secara homebased learning. Guru –guru perlu bersedia dan melengkapkan diri dengan pembelajaran digital dan ,dinamik  apabila pembelajaran secara PdPR dilaksanakan.  Oleh hal yang demikian, seluruh warga SMKAP  khususnya para guru bertindak sebagai arkitek sosial yang memikul tanggungjawab besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum. Pembelajaran bermakna merupakan matlamat utama yang perlu dicapai oleh sekolah TS25 iaitu kemenjadian murid secara holistik

Matlamat utama sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti guru dan kualiti murid yang akhirnya akan meningkatkan kualiti sekolah berdasarkan 6 Teras Strategik yang digariskan oleh JPM dalam Perancangan Strategik Organisasi PSO. InsyaAllah kita semua akan mengorak langkah dan bekerja bersama-sama dalam merealisasikan tercapainya KPI sekolah, memperkasa STEM agar murid mampu bersaing, budaya PdPc, PAK21, PBD, HIP, SUMUR  dan PLC yang berkesan diharap membantu melonjakkan prestasi murid-murid dan kualiti guru yang kompetan,tangkas,berdaya saing dan berpengetahuan.

Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa SMK Ade Putra adalah sekolah luar bandar yang mempunyai identiti tersendiri yang  akan sentiasa berusaha secara total untuk menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Apa juga halangan, cabaran dan transformasi yang mendatang, seluruh warga SMKAP  harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam, dedikasi dan berintegriti untuk menempuh dan mengatasinya demi mencapai misi dan visi sekolah. Teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara.

Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sepanjang tahun 2021. Sekian, terima kasih.

#smkapjenamakerajaanno.1

Saya yang menjalankan amanah,