SEJARAH

Bangunan lama pada tahun 1 Januari 1982
Bangunan baru dibina pada tahun 2002.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra telah ditubuhkan pada 1 Januari 1982 sempena nama Ade Putra, iaitu nama mahaguru silat pahlawan Hang Tuah. Sebelum sekolah ini siap sepenuhnya, pelajar telah menumpang di sebelah petang di Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah (sekarang dikenali sengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi) selama sebulan.

 

  • Pada 1 Febuari 1982, pelajar mulai belajar di sekolah ini. Sekolah ini terletak di Kampung Air Hitam Darat, kira-kira 4.8 km dari Masjid Tanah di jalan menghala Tanjung Bidara. Luas kawasan sekolah ini ialah 6 hektar. Keluasan kawasan sekolah ialah 6.07 hektar dan 1.62 hektar ialah luas kawasan padang. Pelajar sekolah ini datang dari beberapa buah kampung yang berhampiran iaitu Kampung Air Hitam Darat, Kampung Air Hitam Pantai, Kampung Padang Kemunting, Kampung Pengkalan Balak, Sungai Tuang, Paya Mengkuang dan Tanjung Bidara.